Tuesday, August 10, 2010

--->AzAb PeMAkAn RiBa..

Bismillahirahmanirahim..semoga sahabat-sahabat sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah SWT selalu.
Bingkisan ini saya ambil dari sebuah buku Diary Islamiah 2009 kepunyaan ana sendiri. Cerita yang berkisarkan tentang Azab pemakan riba..yang semakin lama menular dalam sistem kewangan konvesional atau perbankan konvesional.

Tidak dinafikan, sudah diketahui umum bahawa syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat al Quran bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barang siapa yang mensyirikkan- NYA dan (Allah) akan  boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih  rendah daripada syirik.'' ( An-Nisa : 48)

Namun selepas memikirkan berkali-kali baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali segera menghebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dasyatnya hukuman bagi kesalahan ini.

" Orang -orang yang makan ( mengambil) riba tidak akan dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran ( tekanan) penyakit gila. " Keadaan mereka yang demikian itu disebabkan mereka berkata ( berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

'' Orang yang sudah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya, lalu terus berhenti ( daripada mengambil Riba), Maka baginya apa yang diambilnya dulu ( sebelum datang larangan ); dan urusannya (terserah) pada Allah.

'' Orang yang mengulangi ( mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.''( Surah Al baqarah: 275). Itulah negerinya hukuman Allah SWT terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba selepas pengharamannya. Cuba kita sama-sama renung petikan ayat yang bermaksud:

'' Orang yang mengulangi ( mengambil Riba) adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.''

Imam Ibnu Khatir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut '' Lafaz'' barabg siapa mengulangi'' ertinya kembali terbabit dengan riba hingga terjebak dalamnya walaupun selepas datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras.'' ( Tafsir AL quran Al Azim, 1/328)

Berdasarkan dalil hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa setiap ummat islam yang mengucap dua kalimah syahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka , terkurung di dalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka.

Kemudian mereka akan dikeluarkan daripadanya dengan syafaat Nabi Muhammad SAW dalam keadaan mati, Kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali.

Sedarkah???

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba selepas pengharamannya, lalu jatuh kafir mereka.

Tatkala itu, matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar daripada senarai mereka yang boleh mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. Berhati-hatilah dan wajib bagi semua Muslim yang menyakini ada maut untuk menjauhi Riba. Kita bimbang ketidakpedulian itu satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh menjatuhkan seseorang itu kekal di neraka. Semoga kita semua sentiasa di pelihara oleh Allah swt daripada terlibat dalam pengambilan Riba.

Akhirnya alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai alasan pada zaman ini untuk berubah daripada sistem pinjaman rumah riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, akaun simpanan riba, insurans riba, kereta riba, skim riba, pelaburan riba, lebih mahal, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi tidak wajar sama sekali wujud dalam hati individu yang bernama mukmin muslim.

Oleh itu, para sahabat sekalian marilah kita munasabah diri kita kembali, ayuhlah kita bangun untuk menghapuskan sistem riba dari sistem kewangan atau perbankan konvensional. Di mana sistem kewangan islam dan perbankan islam di Malaysia ini telah membangun secara global dan memenuhi kehendak setiap Muslim yang berlandaskan hukum syariah dalam sistem muamalat. Malah, dengan apa yang ada di sekilling kita hari ini, hampir semua kelompok masyarakat kita punyai peluang mendapat pembiayaan Islam terutamanya ketika hendak membeli rumah dan kereta. Jika anda memerlukan kereta dan rumah, belilah melalui bank-bank Islam nescaya anda tidak akan terlibat dengan riba yang diharamkan.

No comments:

Post a Comment