Saturday, January 15, 2011

--->>KeLeBihan DaN kEisTIMEwaan Wanita~Subhannallah~

“Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)



Padahal pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu surga terbuka buat wanita, dan Allah telah memudahkan wanita untuk masuk ke dalam surga, dan wanita telah mendapatkan KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang sholeh.

2. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

6. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).

10. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mecatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

14. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

15. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

16. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.

17. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

18. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

19. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

21. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.

22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

23. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

29. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

30. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.

31. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

32. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

34. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

35. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Friday, January 7, 2011

-->>Setiap Kali

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku..

-->>kesabaran....

Ana minta dari Tuhan setangkai bunga segar...DIA bri kaktus berduri, ANA minta kupu2 DIA bri ulat beluncas ...ana sedih dan kecewa,nmun kmdian kaktus e2 brbunga dengan cantik skli, n ulat e2 bertukar menjadi kupu2 yg sangat cantik...e2lah jalan tuhan indah pd mase yang ditetapkannye, tuhan tidak memberi ape yang kte harapkan, tp tuhan akan beri ape yg kita perlukan...kDang2 kte berasa sedih, kcwa dan terluke...tp jauh di atas sana DIA sDang mengatur yang terbaik tuk kte semua..

.Kesabaran dan Kataqwaan itu adalah sgt diperlukan di dalm kehidupan seorang Muslim sejati...Kadang-kadang hatiku ini sering leka dengan pentas lakonan dunia mu ini YA ALLAH..YA ALLAH aku amat merindui belaian kasih sayangMU, ingatkan aku akan azab api nerakaMU YA ALLAH..berikanlah aku petunjukMU agar aku sentiasa merindukan dan mendamabakan syahid di jalanMU YA ALLAH..rindukan lah aku dengan REDHA dan SYURGAMU YA ALLAH..dan janganlah engkau palingkan aku setelah engkau beri petunjuk kepadaKU..aku ingin segalanya  damai, tenang bila aku bersamaMU dan bersama KEKASIHMU YA ALLAH..ameen..

Sunday, December 5, 2010

--->> SaYangI Dia

''Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang''..semoga para sahabat sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat dan redha ALLAH swt..

'' Umi, kenapa Allah beri kita sakit ? soal kak Long perlahan ketika saya sedang memicit-micit kepalanya. Kebelakangan ini, agak kerap dia mengadu sakit kepala. Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatnnya sedikit terganggu.

Saya menatap wajahnya yang berkerut menahan kesakitan. Sesekali dia menutup mata yang sedikit berair. Memahami ketidakselesaannya, saya mengalihkan sedikit kepala kak Long di atas riba untuk mengelakkan cahaya lampu mengenai langsung ke anak matanya.
            
       " Kenapa ya Umi?'' Kak Long kembali bertanya.
         Sebab sakit adalah ujian. Allah nak lihat kita sabar atau tidak apabila diuji dengan kesakitan," ringkas    saya memberikan jawapan.

   '' Kalau kita sabar, maksudnya kita berjayalah ye, Umi?'' Kak Long bertanya. Saya mengganguk. Jelas, dia memahami bahawa setiap yang bernama ujian merupakan penentu kepada dua kemungkinan; berjaya atau pun kecundang. Saya menyudahkan urutan apabila melihat kak Long semakin tenang. Syukur sakit di kepalanya kian menghilang.


Pelbagai Jenis ujian  

Masih banyak tugasan lain yang perlu dibereskan. Pinggan mangkuk, kain di ampaian sedang menunggu untuk dibereskan. Juga artikel untuk pengisian di blog yang asyik tertangguh untuk disiapkan. '' Tapi kan bagus kalau kita tidak pernah sakit?'' Tiba-tiba kak Long bersuara. Langkah saya terhenti mendengar soalannya sekali ini. Nampaknya dia masih belum berpuashati dengan penjelasan saya tadi. Saya kembali duduk mengambil tempat di sisi.

" Kak long sakit bukannya satu- satunya ujian. Ada banyak lagi ujian yang ALLAH sediakan. Cuma manusia mudah memandang yang buruk sahaja sebagai ujian. Manakala yang baik dan menggembirakan, kita pandang sebagai nikmat dan bukannya sebagai ujian,'' saya memulakan penjelasan.

'' Kak Long ftidak faham......'' tulus dia memberi pengakuan. Mendengar itu, saya menarik nafas dalam. Memikir dan mencari perkataan yang lebih mudah. Mencongak-congak ayat sebelum diluahkan. Biar mudah difahami. Biar jelas untuk dihadamkan.

Bentuk-Bentuk Ujian

Dalam Al Quran ALLAH ada menyebut pelbagai ujian ke atas manusia. Antaranya sesuatu yang memikat hati dan nafsu, nikmat seperti pangkat , harta, badan yang sihat dan rupa paras yang menawan atau kesusahan dan musibah seperti sakit, kehilangan harta, kematian dan seumpamanya.

Semua itu adalah ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu beriman atau sebaliknya. Allah SWT sebagai pencipta makhluk di dunia, Maha mengetahui keadaan manusia yang selalu lalai dan leka. Lalu, Allah menghendaki agar kita tidak tertipu dan terpengaruh dengan nikmat dunia serta segala kesenangannya. Kerana itu ada yang lulus daripada ujian ini dan akan ada yang gagal bagi mereka untuk melepasinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: '' Tiap- tiap diri akan merasa kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu cubaan ( yang sebenar-benarnya) dan kepada kami kamu akan dikembalikan.''( Surah al Anbiya ' 21:35).

Kebaikan dan Keburukan

'' Sama ada sakit atau pun sihat, kedua-duanya ialah ujian. Miskin mahupun kaya, Kedua-dua juga adalah satu ujian daripada Allah SWT. ''Berhati-hati saya menerangkannya.'' Kebaikan pun ujian juga ya Ummi "? Kak Long bertanya dengan kerut di dahi. Saya menganggukkan kepala sambil tersenyum melihat wajahnya. Jangan pening lagi lepas ni, saya berbisik sendiri.

'' Kalau macam tu susahlah, '' keluh Kak Long. '' Susah dan senang, berat atau ringan ujian yang kita hadapi bergantung kepada bagaimana kita menghadapinya. Cuba Kak Long ingat kisah-kisah dalam Al Quran. Nabi Ibrahim yang di uji dengan perintah agar menyembelih anaknya Nabi Ismail, lulus. Rasullullah saw dan orang Islam diuji dengan ejekan, pemulauan sehingga ada yang mati kelaparan juga telah lulus. Sebaliknya, Firaun yang diuji dengan harta dan kekuasaan, Gagal. Qarun yang diuji dengan harta juga gagal, '' panjang lebar saya menjelaskannya.

Kak Long kena ingat Allah swt memberi bermacam-macam ujian ini bukan untuk menyusahkan, tapi semuanya ada sebab. Antaranya, adalah untuk melihat sejauh mana keimanan kita, untuk mengampunkan dosa dan juga sebagai tanda kasih sayang pada kita,'' ujar saya bersahaja. Kak Long diam mendengar kata-kata saya.

'' Sebagai manusia kita selalu lupa. Biasanya orang yang ada banyak harta, ada kuasa, orang yang cantik jelita, orang yang sihat, tidak akan berasa bahawa mereka sedang diuji , sehingga akhirnya mereka lalai, lupa untuk bersyukur, bangga diri dan sebagainya. Kerana itu, Allah swt telah datangkan sakit atau keburukan-keburukan lain supaya manusia kembali mengingat Allah, baik ketika senang atau susah ,'' saya menambah sambil bangun dan berlalu ke tingkat bawah.

Anakku Sayang...Sayangi Dia........

Pagi itu, sambil memasak sarapan pagi ingatan saya ligat mengimbas kembali perbualan Kak long malam tadi. Saya menginsafi, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan rasa cinta anak-anak kepada Yang Maha Esa.

Penjelasan yang telah diberikan harus disusuli peneguhan agar apa yang disampaikan tidak hilang daripada ingatan. Tidak perlu melakukan sesuatu yang sukar dan rumit, cukup dengan sesuatu yang mudah tetapi bersifat merangsang dan seterusnya mampu dikenang. Lantaran itu, sebaik selesai menyiapkan sarapan dan bekal anak-anak, saya segera membuka lap top di atas meja kerja. Saya mencari laman web senawang yang menunjukkan cara-cara membuat origami.

Setelah berjaya memperolehinya, saya mengambil dua helai kertas berwarna merah muda. Saya gunting kedua-duanya menjadi bentuk segi empat sama. Seterusnya saya mengikuti langkah demi langkah sehingga dua helai kertas itu membentuk dua keping hati. Sebagai penamat saya tuliskan di dalam hati'' itu kata-kata ingatan buat renungan puteri dan putera kesayangan:
Di dalam dua keping hati itu, saya tuliskan '' Assalammualaikum wbt Kak Long, Alhamdullilah Allah berikan kita makanan, Allah berikan kita kesihatan. Allah swt juga menguji kita dengan kesakitan sebagai tanda sayang. Sayang ALLAH swt yaa anakku sayang. Ucap Alhamdullilah.''

Saya masukkan ''hati'' itu bersama- sama bekalan makanan tengah hari anak-anak ke sekolah. Harapan dan doa saya panjatkan ke hadratNYA agar usaha itu mampu memutikkan rasa cinta mereka kepada Allah Yang Maha Esa, Insyaallah. '' Mencari dan terus mencari cinta ILLAHI. 

Diadaptasi daripada sebuah majalah Solusi 2010, sebagai manfaat dan renungan bersama-sama dalam mendidik anak mengenal PenciptaNYA. Penulis Nuraslina binti Jusin.


Sunday, November 28, 2010

--->>DiDIkLAH isTERI

Assalammualaikum w.b.t..alhamdullilah ALLAH swt telah memberikan kesempatan masa untuk ana mengisi ruangan blog ana ini...semoga para sahabat sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat kasih sayang ALLAH SWT...

Penulisan ana hari ini berkisarkan tentang cara didikan suami terhadap isterinya...mungkin ke arah kepada yang telah berumahtangga ataupun yang baru hendak melangkah alam perkahwinan dan untuk para remaja juga amat bersesuian untuk menjadi lebih bersedia...seperti sedia maklum...

Suami adalah pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah membekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau tidak mudah didorong oleh perasaan. Oleh sebab itu, lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik2nya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk memberi nafkah keluarga, maka suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Bermulanya kebahagiaan sesebuah rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabarannya dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Firman ALLAH SWT  yang bermaksud :

''Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita , kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya''

Satu pendapat mengatakan bahawa lelaki adalah makhluk rasa. Perasaan wanita selalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Lantaran itulah lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir dalam menghadapi wanita. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dgn lelaki yang sebaliknya. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata. Tetapi nafsu yg menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itu lah, lahirnya pelbagai perasaan dihati wanita atas dasar ini lah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu dan mengikut perasaan semata-mata.

Kebijaksanaan mesti disertai dgn kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut sahaja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dgn nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Apa yang dimaksudkan dengan unsur kasih syg dlm mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmaradana atau pujuk rayu tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih sekalipun dia seorang pemimpin ada waktu-waktu yang tertentu apabila dia bersama isteri kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut sahaja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami tegas dalam syariat, dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang. Cuma jangan sampai kerana melayan kehendak isteri syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Satu perkara lagi , biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang mengatakan macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam, dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai suatu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yg disakit jgn terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yg sedang berleter, jgn dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya dan barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yg disirami embun pagi kala panas terik.



Rasulullah s.a.w juga pernah berhadapan dengan karenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah s.a.w tidak menjawab sepatah pun.. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuashatiannya.. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan ataupun memaafkan sahaja dan melupakan perkara tersebut. Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak karenah. Beruntunglah suami yg memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan sebegini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami. Sekiranya suaminya seorang pejuang atau pun pendakwah. Isteri sebegini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka dia sesungguhnya telah memiliki separuh daripada agamanya. Rasulullah s.a.w juga bersabda yg bermaksud :

"Dunia ialah hiasan dan hiasan yg terbaik ialah memiliki isteri yg solehah". Apabila wanita dpt dididik dgn betul maka ia dapat memberikan kebaikan kepada semua umat kerana ditangan wanita, wanita lah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian ditangan wanita yang solehah akan membahagiakan keseluruh isi alam.

Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah dibawah jika seseorang isteri atau wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki soleh itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala yang dijadikan sesuatau oleh ALLAH s.w.t mempunyai rahmat disebaliknya.

1) Mentaati perintah ALLAH s.w.t dgn mengerjakan perintah suami mengikut kehendak ALLAH s.w.t
2) Bersikap malu terhadap suami dan sentiasa melembutkan percakapan dihadapan suami
3) Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata dan hendaklah sentiasa menyerahkan diri 
    apabila suami memerlukan
4) Memakai wangi-wangian dihadapan suami(bersolek) dan menghiaskan diri untuk suami
5) Memelihara mulut dari bau-bauan yg tidak menyenangkan suami
6) Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya
7) Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami
8) Hendaklah bersyukur dengan segala yang disediakan suami
9) Sentiasa bersedia dan rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya
10) Tidak melakukan puasa sunat kecuali dgn keizinan suami dan tidak keluar rumah tanpa keizinan suami....

Jadi para wanita sekalian jadilah seindah2 hiasan di dunia ini untuk suamimu pasti kelak syurga akan menjadi milik sekalian...marilah kita bersama-sama berusaha ke arah membentuk wanita yang diimpikan para suami2...lembut wanita tidak beerti dia mudah di jual beli...dia mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..lembutnya bukan hiasan bukan jua keterpaksaan tetapi dia sayap kiri pada suami yang sejati.

Friday, August 20, 2010

--->AkHlaK TeRPuJi..

Bismillahirahmanirrahim..dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..kisah seterusnya..berkaitan dengan 'AKhlak terpuji"..ialah perbuatan dan tingkah laku yang amat dititikberatkan dalam Islam..Ahlak terpuji merangkumi aspek rohani dan Ia menunjukkan sifat dan keperibadian setiap individu yang bergelar Muslim yang sejati.

Tamakkan dunia ialah kecenderungan untuk memburu dan mengejar kehidupan duniawi termasuk mengumpul harta benda,mengejar kedudukan pangkat,nama dan darjat,menyintai kemewahan hidup dan melupakan tanggungjawab terhadap Allah SWT.

Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia dan janganlah sampai lupa tangggungjawab mempersiapakan diri dengan amalan serta bekalan kehidupan di akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: '' Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.''( Surah Al Qasas : ayat 77)

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud : '' Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." ( Hadis Riwayat Al -Asyakin)

Jelas Islam adalah agama yang radikal serta tidak pasif, ia menyarankan perspektif luas supaya wujud keseimbangan antara kepentingan dunia dan akhirat antaranya menerusi kewajipan berzakat : yang kaya membantu   golongan yang memerlukan.

Amatla baik sekiranya di bulan yang baik ini, kita sama2 mengingati diri kita semua membayar zakat..untuk kesucian harta yang kita ad..Malah, selain ganjaran pahala, amalan zakat menjadikan umat Islam bersifat rendah hati dan mereka yang rendah hati tergolong dalam golongan sangat dikasihi ALLAH SWT. Sejarah Islam sudah menunjukkan bukti jelas bahawa orang yang tamakkan dunia akan menerima pembalasan daripada Allah, bukan saja di dunia di akhirat seperti berlaku terhadap Qarun seorang hartawan yang hidup pada zaman Nabi Daud a.s.

Disebabkan sifat tamak dan haloba atas rezeki yang Allah SWT kurniakan, Qarun bersama hartanya ditelan bumi. Begitu juga Firaun yang bongkak hingga mengaku dirinya tuhan akhirnya mati dihanyutkan arus lautan yang bergelora.

Marilah kita menyedari hakikat bahawa segala kekayaan dimiliki seseorang adalah suatu ujian daripada Allah SWT untuk melihat sejauh mana kesyukuran serta ketaqwaan kita dalam menerima anugerah itu.
 
Bagi yang tebal rasa keimanannya tentu saja mereka akan menerima segala kekayaan dan harta benda itu sebagai pemberian yang perlu disyukuri, manakala mereka yang tamak dan haloba sering berasa tidak pernah cukup lalu akhirnya kekayaan menjadikan ia bertambah sombong, bongkak, kikir dan kedekut serta berpaling menjauhkan diri daripada Allah SWT.

Oleh itu, sifat rendah hati amat ditekankan di dalam Islam kerana sifat rendah hati boleh menjadi benteng mencegah daripada rasa tamak haloba terhadap dunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud : " Bahawa kebanyakkan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi."

Sementara dalam kumpulan riwayat ( Al Futahal Makkiyah) Allah SWT berfirman yang bermaksud:

" Sesungguhnya manusia itu kebanyakkanya berada di dalam kecukupan tetapi mereka masih mencari akan apa yang membawanya kepada kedurhakaan , sesungguhnya manusia itu juga tidak pernah berasa cukup dengan sedikit, tetapi tidak pula mereka puas dengan yang banyak."

Pada Zaman Rasullulah SAW ada seorang sahabat bernama Abu Sa'labah yang hidup dalam keadaan miskin, tetapi terkenal sebagai seorang cukup taat mengerjakan sembahyang berjemaah bersama nabi dan para Sahabat.

Nabi Muhammad SAW hairan kerana Abu Salabah tidak pernah mahu ikut bersama jemaah lain untuk mengaminkan doa dibacakan Baginda setiap kali selepas selesai menunaikan solat.

Pada suatu hari ketika Abu Saalabah hendak bangun meninggalkan jemaah yang sedang mengaminkan doa, tiba-tiba Rasullulah SAW memanggilnya seraya bertanya ; " Wahai Salaabah, mengapa aku lihat engkau tidak pernah mahu menunggu bersama orang lain untuk mengaminkan doaku,"

Maka Saalabah pun menjawab, sebenarnya hamba ini seorang yang sangat miskin, kebetulan hanya inilah saja sehelai kain( sambil dia memenggang kain yang dipakainya) yang hamba miliki, oleh itu hamba tidak sempat untuk menunggu lama bagi mengaminkan doa tuan, sebab kain ini jugalah yang hendak dipakai oleh isteri hamba yang kini sedang menunggu untuk bersembahyang di rumah,"

Mendengarkan jawapan itu,Rasullulah SAW tercengang lalu baginda bertanya kepada Abu Saalabah ; jika demikian miskinnya kamu, maka mahukah engkau aku doakan supaya menjadi kaya?" Lalu Abu Saalabah menjawab: '' Demi engkau sebagai nabi dan kekasih Allah, doakanlah supaya aku menjadi kaya."

Selang tidak berapa lama, dengan berkat doa Nabi Muhammad SAW maka kehidupan Saalabah beransur-ansur senang akhirnya dia menjadi kaya raya selaku seorang  saudagar dan tuan punya biri-biri dan unta yang banyak.

Selepas kekayaannya Abu Saalabah tidak lagi kelihatan datang ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah bersama nabi serta golongan sahabat lain. Ketika beberapa sahabat menanyakan Nabi Muhammad SAW mengenai ketiadaan Saalabah sembahyang berjemaah, lalu Baginda menjawab : ''Kesibukan menguruskan harta benda dan kecintaan Saalabah kepada dunia ini menyebabkan dia terlupa untuk mencari jalan ke masjid."

Kisah Saalabah menunjukkan bahawa kemewahan hidup serta sifat tamakkan dunia bisa menggugat ketaqwaan serta keimanan seseorang.

Dalam sesebuah hadis sahih, seseorang yang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perbandingan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat, maka jawab baginda: " Ketahuilah kamu bahawa jika dibandingkan kenikmatan yang ada di dunia ini dengan kenikmatan di dalam syurga maka dunia sebenarnya adalah tak lebih seperti seketul bangkai yang ditarik atau direbut oleh beberapa ekor anjing."

Sementara dalam sebuah hadis lain, bertanya pula seseorang kepada Rasullulah SAW mengenai perbandingan antara dunia dengan akhirat, maka jawab baginda: " Celuplah jarimu ke air laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat."

Tuesday, August 17, 2010

--->SeDarkah Kamu wahai Manusia


                                                     
''Islam kembali Dagang''

Hadith berkaitan dengan Islam kembali Dagang..

'An abi hurairah qala qala rasullulah SAW; ''Bada aL islamu khoriban wasayau'du kama bada a khoriban fathuba lilkhuraba'..( Riwayat Muslim)

Ertinya: '' Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasullulah s.a.w. '' Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.''
                                                      ( hadis Riwayat Muslim)

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, Islam kembali asing dan di rasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian orang Islam merasa ganjil dan pelik melihat orang Islam yang Iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang Iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyanag , maka tindakan itu dianggap kurang sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bergurau senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Beigitulah seterusnya nasib Islam diakhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandanngan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

'' Nasib agama di akhir zaman,
   kembali asing dari pandangan,
   ramailah oranng sudah lupakan,
   rukun Islam dan rukun Iman.

'' Wahai ke mana arah tujuan,
   bila agama sudah di lupakan,
   marilah kita cuba hidupkan,
   sunnah junjungan syariat Tuhan.