Sunday, December 5, 2010

--->> SaYangI Dia

''Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang''..semoga para sahabat sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat dan redha ALLAH swt..

'' Umi, kenapa Allah beri kita sakit ? soal kak Long perlahan ketika saya sedang memicit-micit kepalanya. Kebelakangan ini, agak kerap dia mengadu sakit kepala. Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu menyebabkan kesihatnnya sedikit terganggu.

Saya menatap wajahnya yang berkerut menahan kesakitan. Sesekali dia menutup mata yang sedikit berair. Memahami ketidakselesaannya, saya mengalihkan sedikit kepala kak Long di atas riba untuk mengelakkan cahaya lampu mengenai langsung ke anak matanya.
            
       " Kenapa ya Umi?'' Kak Long kembali bertanya.
         Sebab sakit adalah ujian. Allah nak lihat kita sabar atau tidak apabila diuji dengan kesakitan," ringkas    saya memberikan jawapan.

   '' Kalau kita sabar, maksudnya kita berjayalah ye, Umi?'' Kak Long bertanya. Saya mengganguk. Jelas, dia memahami bahawa setiap yang bernama ujian merupakan penentu kepada dua kemungkinan; berjaya atau pun kecundang. Saya menyudahkan urutan apabila melihat kak Long semakin tenang. Syukur sakit di kepalanya kian menghilang.


Pelbagai Jenis ujian  

Masih banyak tugasan lain yang perlu dibereskan. Pinggan mangkuk, kain di ampaian sedang menunggu untuk dibereskan. Juga artikel untuk pengisian di blog yang asyik tertangguh untuk disiapkan. '' Tapi kan bagus kalau kita tidak pernah sakit?'' Tiba-tiba kak Long bersuara. Langkah saya terhenti mendengar soalannya sekali ini. Nampaknya dia masih belum berpuashati dengan penjelasan saya tadi. Saya kembali duduk mengambil tempat di sisi.

" Kak long sakit bukannya satu- satunya ujian. Ada banyak lagi ujian yang ALLAH sediakan. Cuma manusia mudah memandang yang buruk sahaja sebagai ujian. Manakala yang baik dan menggembirakan, kita pandang sebagai nikmat dan bukannya sebagai ujian,'' saya memulakan penjelasan.

'' Kak Long ftidak faham......'' tulus dia memberi pengakuan. Mendengar itu, saya menarik nafas dalam. Memikir dan mencari perkataan yang lebih mudah. Mencongak-congak ayat sebelum diluahkan. Biar mudah difahami. Biar jelas untuk dihadamkan.

Bentuk-Bentuk Ujian

Dalam Al Quran ALLAH ada menyebut pelbagai ujian ke atas manusia. Antaranya sesuatu yang memikat hati dan nafsu, nikmat seperti pangkat , harta, badan yang sihat dan rupa paras yang menawan atau kesusahan dan musibah seperti sakit, kehilangan harta, kematian dan seumpamanya.

Semua itu adalah ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu beriman atau sebaliknya. Allah SWT sebagai pencipta makhluk di dunia, Maha mengetahui keadaan manusia yang selalu lalai dan leka. Lalu, Allah menghendaki agar kita tidak tertipu dan terpengaruh dengan nikmat dunia serta segala kesenangannya. Kerana itu ada yang lulus daripada ujian ini dan akan ada yang gagal bagi mereka untuk melepasinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: '' Tiap- tiap diri akan merasa kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu cubaan ( yang sebenar-benarnya) dan kepada kami kamu akan dikembalikan.''( Surah al Anbiya ' 21:35).

Kebaikan dan Keburukan

'' Sama ada sakit atau pun sihat, kedua-duanya ialah ujian. Miskin mahupun kaya, Kedua-dua juga adalah satu ujian daripada Allah SWT. ''Berhati-hati saya menerangkannya.'' Kebaikan pun ujian juga ya Ummi "? Kak Long bertanya dengan kerut di dahi. Saya menganggukkan kepala sambil tersenyum melihat wajahnya. Jangan pening lagi lepas ni, saya berbisik sendiri.

'' Kalau macam tu susahlah, '' keluh Kak Long. '' Susah dan senang, berat atau ringan ujian yang kita hadapi bergantung kepada bagaimana kita menghadapinya. Cuba Kak Long ingat kisah-kisah dalam Al Quran. Nabi Ibrahim yang di uji dengan perintah agar menyembelih anaknya Nabi Ismail, lulus. Rasullullah saw dan orang Islam diuji dengan ejekan, pemulauan sehingga ada yang mati kelaparan juga telah lulus. Sebaliknya, Firaun yang diuji dengan harta dan kekuasaan, Gagal. Qarun yang diuji dengan harta juga gagal, '' panjang lebar saya menjelaskannya.

Kak Long kena ingat Allah swt memberi bermacam-macam ujian ini bukan untuk menyusahkan, tapi semuanya ada sebab. Antaranya, adalah untuk melihat sejauh mana keimanan kita, untuk mengampunkan dosa dan juga sebagai tanda kasih sayang pada kita,'' ujar saya bersahaja. Kak Long diam mendengar kata-kata saya.

'' Sebagai manusia kita selalu lupa. Biasanya orang yang ada banyak harta, ada kuasa, orang yang cantik jelita, orang yang sihat, tidak akan berasa bahawa mereka sedang diuji , sehingga akhirnya mereka lalai, lupa untuk bersyukur, bangga diri dan sebagainya. Kerana itu, Allah swt telah datangkan sakit atau keburukan-keburukan lain supaya manusia kembali mengingat Allah, baik ketika senang atau susah ,'' saya menambah sambil bangun dan berlalu ke tingkat bawah.

Anakku Sayang...Sayangi Dia........

Pagi itu, sambil memasak sarapan pagi ingatan saya ligat mengimbas kembali perbualan Kak long malam tadi. Saya menginsafi, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan rasa cinta anak-anak kepada Yang Maha Esa.

Penjelasan yang telah diberikan harus disusuli peneguhan agar apa yang disampaikan tidak hilang daripada ingatan. Tidak perlu melakukan sesuatu yang sukar dan rumit, cukup dengan sesuatu yang mudah tetapi bersifat merangsang dan seterusnya mampu dikenang. Lantaran itu, sebaik selesai menyiapkan sarapan dan bekal anak-anak, saya segera membuka lap top di atas meja kerja. Saya mencari laman web senawang yang menunjukkan cara-cara membuat origami.

Setelah berjaya memperolehinya, saya mengambil dua helai kertas berwarna merah muda. Saya gunting kedua-duanya menjadi bentuk segi empat sama. Seterusnya saya mengikuti langkah demi langkah sehingga dua helai kertas itu membentuk dua keping hati. Sebagai penamat saya tuliskan di dalam hati'' itu kata-kata ingatan buat renungan puteri dan putera kesayangan:
Di dalam dua keping hati itu, saya tuliskan '' Assalammualaikum wbt Kak Long, Alhamdullilah Allah berikan kita makanan, Allah berikan kita kesihatan. Allah swt juga menguji kita dengan kesakitan sebagai tanda sayang. Sayang ALLAH swt yaa anakku sayang. Ucap Alhamdullilah.''

Saya masukkan ''hati'' itu bersama- sama bekalan makanan tengah hari anak-anak ke sekolah. Harapan dan doa saya panjatkan ke hadratNYA agar usaha itu mampu memutikkan rasa cinta mereka kepada Allah Yang Maha Esa, Insyaallah. '' Mencari dan terus mencari cinta ILLAHI. 

Diadaptasi daripada sebuah majalah Solusi 2010, sebagai manfaat dan renungan bersama-sama dalam mendidik anak mengenal PenciptaNYA. Penulis Nuraslina binti Jusin.


Sunday, November 28, 2010

--->>DiDIkLAH isTERI

Assalammualaikum w.b.t..alhamdullilah ALLAH swt telah memberikan kesempatan masa untuk ana mengisi ruangan blog ana ini...semoga para sahabat sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat kasih sayang ALLAH SWT...

Penulisan ana hari ini berkisarkan tentang cara didikan suami terhadap isterinya...mungkin ke arah kepada yang telah berumahtangga ataupun yang baru hendak melangkah alam perkahwinan dan untuk para remaja juga amat bersesuian untuk menjadi lebih bersedia...seperti sedia maklum...

Suami adalah pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah membekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau tidak mudah didorong oleh perasaan. Oleh sebab itu, lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik2nya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk memberi nafkah keluarga, maka suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Bermulanya kebahagiaan sesebuah rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabarannya dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Firman ALLAH SWT  yang bermaksud :

''Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita , kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya''

Satu pendapat mengatakan bahawa lelaki adalah makhluk rasa. Perasaan wanita selalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Lantaran itulah lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir dalam menghadapi wanita. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dgn lelaki yang sebaliknya. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata. Tetapi nafsu yg menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itu lah, lahirnya pelbagai perasaan dihati wanita atas dasar ini lah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu dan mengikut perasaan semata-mata.

Kebijaksanaan mesti disertai dgn kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut sahaja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dgn nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Apa yang dimaksudkan dengan unsur kasih syg dlm mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmaradana atau pujuk rayu tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih sekalipun dia seorang pemimpin ada waktu-waktu yang tertentu apabila dia bersama isteri kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut sahaja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami tegas dalam syariat, dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang. Cuma jangan sampai kerana melayan kehendak isteri syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Satu perkara lagi , biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang mengatakan macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam, dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai suatu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yg disakit jgn terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yg sedang berleter, jgn dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya dan barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yg disirami embun pagi kala panas terik.



Rasulullah s.a.w juga pernah berhadapan dengan karenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah s.a.w tidak menjawab sepatah pun.. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuashatiannya.. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan ataupun memaafkan sahaja dan melupakan perkara tersebut. Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak karenah. Beruntunglah suami yg memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan sebegini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami. Sekiranya suaminya seorang pejuang atau pun pendakwah. Isteri sebegini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka dia sesungguhnya telah memiliki separuh daripada agamanya. Rasulullah s.a.w juga bersabda yg bermaksud :

"Dunia ialah hiasan dan hiasan yg terbaik ialah memiliki isteri yg solehah". Apabila wanita dpt dididik dgn betul maka ia dapat memberikan kebaikan kepada semua umat kerana ditangan wanita, wanita lah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian ditangan wanita yang solehah akan membahagiakan keseluruh isi alam.

Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah dibawah jika seseorang isteri atau wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki soleh itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala yang dijadikan sesuatau oleh ALLAH s.w.t mempunyai rahmat disebaliknya.

1) Mentaati perintah ALLAH s.w.t dgn mengerjakan perintah suami mengikut kehendak ALLAH s.w.t
2) Bersikap malu terhadap suami dan sentiasa melembutkan percakapan dihadapan suami
3) Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata dan hendaklah sentiasa menyerahkan diri 
    apabila suami memerlukan
4) Memakai wangi-wangian dihadapan suami(bersolek) dan menghiaskan diri untuk suami
5) Memelihara mulut dari bau-bauan yg tidak menyenangkan suami
6) Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya
7) Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami
8) Hendaklah bersyukur dengan segala yang disediakan suami
9) Sentiasa bersedia dan rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya
10) Tidak melakukan puasa sunat kecuali dgn keizinan suami dan tidak keluar rumah tanpa keizinan suami....

Jadi para wanita sekalian jadilah seindah2 hiasan di dunia ini untuk suamimu pasti kelak syurga akan menjadi milik sekalian...marilah kita bersama-sama berusaha ke arah membentuk wanita yang diimpikan para suami2...lembut wanita tidak beerti dia mudah di jual beli...dia mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..lembutnya bukan hiasan bukan jua keterpaksaan tetapi dia sayap kiri pada suami yang sejati.

Friday, August 20, 2010

--->AkHlaK TeRPuJi..

Bismillahirahmanirrahim..dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..kisah seterusnya..berkaitan dengan 'AKhlak terpuji"..ialah perbuatan dan tingkah laku yang amat dititikberatkan dalam Islam..Ahlak terpuji merangkumi aspek rohani dan Ia menunjukkan sifat dan keperibadian setiap individu yang bergelar Muslim yang sejati.

Tamakkan dunia ialah kecenderungan untuk memburu dan mengejar kehidupan duniawi termasuk mengumpul harta benda,mengejar kedudukan pangkat,nama dan darjat,menyintai kemewahan hidup dan melupakan tanggungjawab terhadap Allah SWT.

Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia dan janganlah sampai lupa tangggungjawab mempersiapakan diri dengan amalan serta bekalan kehidupan di akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: '' Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.''( Surah Al Qasas : ayat 77)

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud : '' Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." ( Hadis Riwayat Al -Asyakin)

Jelas Islam adalah agama yang radikal serta tidak pasif, ia menyarankan perspektif luas supaya wujud keseimbangan antara kepentingan dunia dan akhirat antaranya menerusi kewajipan berzakat : yang kaya membantu   golongan yang memerlukan.

Amatla baik sekiranya di bulan yang baik ini, kita sama2 mengingati diri kita semua membayar zakat..untuk kesucian harta yang kita ad..Malah, selain ganjaran pahala, amalan zakat menjadikan umat Islam bersifat rendah hati dan mereka yang rendah hati tergolong dalam golongan sangat dikasihi ALLAH SWT. Sejarah Islam sudah menunjukkan bukti jelas bahawa orang yang tamakkan dunia akan menerima pembalasan daripada Allah, bukan saja di dunia di akhirat seperti berlaku terhadap Qarun seorang hartawan yang hidup pada zaman Nabi Daud a.s.

Disebabkan sifat tamak dan haloba atas rezeki yang Allah SWT kurniakan, Qarun bersama hartanya ditelan bumi. Begitu juga Firaun yang bongkak hingga mengaku dirinya tuhan akhirnya mati dihanyutkan arus lautan yang bergelora.

Marilah kita menyedari hakikat bahawa segala kekayaan dimiliki seseorang adalah suatu ujian daripada Allah SWT untuk melihat sejauh mana kesyukuran serta ketaqwaan kita dalam menerima anugerah itu.
 
Bagi yang tebal rasa keimanannya tentu saja mereka akan menerima segala kekayaan dan harta benda itu sebagai pemberian yang perlu disyukuri, manakala mereka yang tamak dan haloba sering berasa tidak pernah cukup lalu akhirnya kekayaan menjadikan ia bertambah sombong, bongkak, kikir dan kedekut serta berpaling menjauhkan diri daripada Allah SWT.

Oleh itu, sifat rendah hati amat ditekankan di dalam Islam kerana sifat rendah hati boleh menjadi benteng mencegah daripada rasa tamak haloba terhadap dunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud : " Bahawa kebanyakkan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi."

Sementara dalam kumpulan riwayat ( Al Futahal Makkiyah) Allah SWT berfirman yang bermaksud:

" Sesungguhnya manusia itu kebanyakkanya berada di dalam kecukupan tetapi mereka masih mencari akan apa yang membawanya kepada kedurhakaan , sesungguhnya manusia itu juga tidak pernah berasa cukup dengan sedikit, tetapi tidak pula mereka puas dengan yang banyak."

Pada Zaman Rasullulah SAW ada seorang sahabat bernama Abu Sa'labah yang hidup dalam keadaan miskin, tetapi terkenal sebagai seorang cukup taat mengerjakan sembahyang berjemaah bersama nabi dan para Sahabat.

Nabi Muhammad SAW hairan kerana Abu Salabah tidak pernah mahu ikut bersama jemaah lain untuk mengaminkan doa dibacakan Baginda setiap kali selepas selesai menunaikan solat.

Pada suatu hari ketika Abu Saalabah hendak bangun meninggalkan jemaah yang sedang mengaminkan doa, tiba-tiba Rasullulah SAW memanggilnya seraya bertanya ; " Wahai Salaabah, mengapa aku lihat engkau tidak pernah mahu menunggu bersama orang lain untuk mengaminkan doaku,"

Maka Saalabah pun menjawab, sebenarnya hamba ini seorang yang sangat miskin, kebetulan hanya inilah saja sehelai kain( sambil dia memenggang kain yang dipakainya) yang hamba miliki, oleh itu hamba tidak sempat untuk menunggu lama bagi mengaminkan doa tuan, sebab kain ini jugalah yang hendak dipakai oleh isteri hamba yang kini sedang menunggu untuk bersembahyang di rumah,"

Mendengarkan jawapan itu,Rasullulah SAW tercengang lalu baginda bertanya kepada Abu Saalabah ; jika demikian miskinnya kamu, maka mahukah engkau aku doakan supaya menjadi kaya?" Lalu Abu Saalabah menjawab: '' Demi engkau sebagai nabi dan kekasih Allah, doakanlah supaya aku menjadi kaya."

Selang tidak berapa lama, dengan berkat doa Nabi Muhammad SAW maka kehidupan Saalabah beransur-ansur senang akhirnya dia menjadi kaya raya selaku seorang  saudagar dan tuan punya biri-biri dan unta yang banyak.

Selepas kekayaannya Abu Saalabah tidak lagi kelihatan datang ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah bersama nabi serta golongan sahabat lain. Ketika beberapa sahabat menanyakan Nabi Muhammad SAW mengenai ketiadaan Saalabah sembahyang berjemaah, lalu Baginda menjawab : ''Kesibukan menguruskan harta benda dan kecintaan Saalabah kepada dunia ini menyebabkan dia terlupa untuk mencari jalan ke masjid."

Kisah Saalabah menunjukkan bahawa kemewahan hidup serta sifat tamakkan dunia bisa menggugat ketaqwaan serta keimanan seseorang.

Dalam sesebuah hadis sahih, seseorang yang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perbandingan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat, maka jawab baginda: " Ketahuilah kamu bahawa jika dibandingkan kenikmatan yang ada di dunia ini dengan kenikmatan di dalam syurga maka dunia sebenarnya adalah tak lebih seperti seketul bangkai yang ditarik atau direbut oleh beberapa ekor anjing."

Sementara dalam sebuah hadis lain, bertanya pula seseorang kepada Rasullulah SAW mengenai perbandingan antara dunia dengan akhirat, maka jawab baginda: " Celuplah jarimu ke air laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat."

Tuesday, August 17, 2010

--->SeDarkah Kamu wahai Manusia


                                                     
''Islam kembali Dagang''

Hadith berkaitan dengan Islam kembali Dagang..

'An abi hurairah qala qala rasullulah SAW; ''Bada aL islamu khoriban wasayau'du kama bada a khoriban fathuba lilkhuraba'..( Riwayat Muslim)

Ertinya: '' Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasullulah s.a.w. '' Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.''
                                                      ( hadis Riwayat Muslim)

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, Islam kembali asing dan di rasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian orang Islam merasa ganjil dan pelik melihat orang Islam yang Iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang Iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyanag , maka tindakan itu dianggap kurang sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bergurau senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Beigitulah seterusnya nasib Islam diakhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandanngan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

'' Nasib agama di akhir zaman,
   kembali asing dari pandangan,
   ramailah oranng sudah lupakan,
   rukun Islam dan rukun Iman.

'' Wahai ke mana arah tujuan,
   bila agama sudah di lupakan,
   marilah kita cuba hidupkan,
   sunnah junjungan syariat Tuhan.

Tuesday, August 10, 2010

--->AzAb PeMAkAn RiBa..

Bismillahirahmanirahim..semoga sahabat-sahabat sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah SWT selalu.
Bingkisan ini saya ambil dari sebuah buku Diary Islamiah 2009 kepunyaan ana sendiri. Cerita yang berkisarkan tentang Azab pemakan riba..yang semakin lama menular dalam sistem kewangan konvesional atau perbankan konvesional.

Tidak dinafikan, sudah diketahui umum bahawa syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat al Quran bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barang siapa yang mensyirikkan- NYA dan (Allah) akan  boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih  rendah daripada syirik.'' ( An-Nisa : 48)

Namun selepas memikirkan berkali-kali baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali segera menghebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dasyatnya hukuman bagi kesalahan ini.

" Orang -orang yang makan ( mengambil) riba tidak akan dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran ( tekanan) penyakit gila. " Keadaan mereka yang demikian itu disebabkan mereka berkata ( berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

'' Orang yang sudah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya, lalu terus berhenti ( daripada mengambil Riba), Maka baginya apa yang diambilnya dulu ( sebelum datang larangan ); dan urusannya (terserah) pada Allah.

'' Orang yang mengulangi ( mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.''( Surah Al baqarah: 275). Itulah negerinya hukuman Allah SWT terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba selepas pengharamannya. Cuba kita sama-sama renung petikan ayat yang bermaksud:

'' Orang yang mengulangi ( mengambil Riba) adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.''

Imam Ibnu Khatir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut '' Lafaz'' barabg siapa mengulangi'' ertinya kembali terbabit dengan riba hingga terjebak dalamnya walaupun selepas datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras.'' ( Tafsir AL quran Al Azim, 1/328)

Berdasarkan dalil hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa setiap ummat islam yang mengucap dua kalimah syahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka , terkurung di dalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka.

Kemudian mereka akan dikeluarkan daripadanya dengan syafaat Nabi Muhammad SAW dalam keadaan mati, Kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali.

Sedarkah???

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba selepas pengharamannya, lalu jatuh kafir mereka.

Tatkala itu, matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar daripada senarai mereka yang boleh mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. Berhati-hatilah dan wajib bagi semua Muslim yang menyakini ada maut untuk menjauhi Riba. Kita bimbang ketidakpedulian itu satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh menjatuhkan seseorang itu kekal di neraka. Semoga kita semua sentiasa di pelihara oleh Allah swt daripada terlibat dalam pengambilan Riba.

Akhirnya alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai alasan pada zaman ini untuk berubah daripada sistem pinjaman rumah riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, akaun simpanan riba, insurans riba, kereta riba, skim riba, pelaburan riba, lebih mahal, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi tidak wajar sama sekali wujud dalam hati individu yang bernama mukmin muslim.

Oleh itu, para sahabat sekalian marilah kita munasabah diri kita kembali, ayuhlah kita bangun untuk menghapuskan sistem riba dari sistem kewangan atau perbankan konvensional. Di mana sistem kewangan islam dan perbankan islam di Malaysia ini telah membangun secara global dan memenuhi kehendak setiap Muslim yang berlandaskan hukum syariah dalam sistem muamalat. Malah, dengan apa yang ada di sekilling kita hari ini, hampir semua kelompok masyarakat kita punyai peluang mendapat pembiayaan Islam terutamanya ketika hendak membeli rumah dan kereta. Jika anda memerlukan kereta dan rumah, belilah melalui bank-bank Islam nescaya anda tidak akan terlibat dengan riba yang diharamkan.

Friday, August 6, 2010

--->>AnAk YaNg sOLeH...

Alhamdullilah... di harap para sahabat sentiasa berada di bawah rahmat dan petunjuk Allah swt..di sini ana ingin kongsikan satu cerita berkaitan dengan kisah yang diceritakan oleh Rasullulah Saw mengenai seorang anak yang soleh yang sentiasa berbakti kepada Ibunya..

''Satu ketika Rasullulah SAW sedang bertawaf dan telah bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf, Rasullulah SAW bertanya kepada pemuda itu: ''kenapa dengan bahumu itu wahai pemuda".

Jawab pemuda itu: Ya Rasullulah! Saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya ( dibahu).

Lalu anak muda itu bertanya ; " Ya Rasullulah ! apakah saya sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua ( ibubapa)?" Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan : ''Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu akan tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu.''

Subhannallah sungguh besar pengorbanan dan kasih sayang seorang pemuda itu terhadap Ibunya, hanya meninggalkan ibunya ketika mahu melakukan ibadah dan perkara-perkara tertentu sahaja. Wahai sahabat begitu mulia jasa yang di lakukan oleh pemuda itu walau ke mana dia berada pasti Ibunya berada bersamanya dengan mendukungnya di bahu, malah tidak pernah mengeluh walaupun sesaat.Teringat pula ana tentang pesanan Rasullulah dalam sebuah hadis ini...

''Ada seseorang datang bertanya kepada Rasullulah SAW lalu bertanya; ''Siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?'' Lalu baginda menjawab ''Ibumu'': Kemudian dia bertanya lagi : Selepas itu?" Baginda menjawab lagi : '' Ibumu". Orang itu masih tidak berpuas hati, lalu ditanyai lagi : '' Selepas itu?'' Baginga Rasullulah terus menjawab : '' Ibumu..., kemudian Bapamu''...tiga kali perkataan ibu diulang-ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasullulah SAW..

''Ibnu Mas'ud bertanya kepada Nabi, Ya Rasullulah! Apakah amalan yang lebih mulia? Jawab Nabi: Mengerjakan solat pada waktunya, lalu saya katakan: Kemudian apa lagi?.. Jawab Rasullulah berbuat baik kepada Ibubapa ; lalu saya tanyakan lagi : Kemudian apa lagi? Jawab Rasullulah berjihad di jalan Allah..

Subhannallah sungguh besar martabat seorang ibu di sisi Islam sehingga di ulang-ulang oleh Rasullulah sebanyak tiga kali di dalam hadith di atas. Oleh itu para sahabat kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa menjaga, memelihara, menghormatinya hingga akhir hayat kedua IbuBapa kita..Beri la mereka Kasih sayang yang seikhlas- ikhlas kepada kedua-duanya agar terang dan luas syurga kita di sana nanti Insyallah..Ringankanlah bibir kita untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sama ada mereka masih hidup atau pun sudah tiada kerana pesan Rasullulah tiga perkara yang mengiringi jenazah ke kubur ialah ilmu di manfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..




'' Ya allah kau ampunilah kami dan kedua Ibu Bapa kami, kau kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil"..Ameen..

Wasiat Dari seorang ayah kepada Anak

Wahai anak-anakku, hendaknya kamu berbakti kepada ibu. Wahai anak, syurgamu terletak di bawah tapak kaki ibu!. Wahai anak-anakku, besar harapan ayah agar kau menjadi insan yang soleh lagi berguna kepada sekelian makhluk di dunia dan juga di akhirat. Wahai anak2ku, jika ayah tiada, kaulah pemimpin kelurga ini, maka pimpinalah ia ke jalan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya. Janganlah kau menjadi orang yang hina lagi menghinakan. Jauhilah perkara-perkara yang zalim dan menjadi zalim.

Wahai anak2ku, mari ayah berikan perumpamaan :

'' Biarlah kita menjadi seumpama sepohon pokok kelapa yang menghadap ke pantai. Kau diibaratkan kelapa tua itu. Apabila kelapa itu sudah cukup tua, lalu ia jatuh ke dalam laut. Lalu hanyut ke tengah Samudera. Walaupun kau dilambung ombak, membelah pantai, menyusung puting beliung........namun jangan tinggalkan Tuhanmu!

Kemudian apabila engkau terdampar di tepian pantai di tengah pulau asing bahkan tandus. Maka tumbuhlah kau sebagai sepohon kelapa yang subur. Lalu memberikan manfaat kepada sekelian alam. Airmu boleh di minum, daunmu boleh digunakan orang, umbutmu dapat memberikan waris insan cemerlang ; insan soleh dan solehah!.

Wahai anak ketahuilah, saatnya akan tiba. Kau akan bergelendangan keseorangan di muka bumi ini. Tanpa ayah, tanpa ibu. Oleh itu, jadilah insan terpimpin dengan AlQuran dan Sunah Rasulullah SAW sebagai pedoman. Jadilah seumpama pohon kelapa tadi, subur memberikan manfaat, tempat bernaung dan berlindung buat burung-burung, para nelayan dan makhluk lainnya. Bahkan berguna untuk seantero dunia.

Mutiara Kata & Wasiat

" Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turuti rasa nikmat itu''

( Wasiat Lokman al Hakim)

Tuesday, August 3, 2010

--->>Pemilik CintaKU setelah Allah Dan Rasul...

                        
Alhamdullilah..Syukur ana panjatkan Kehadrat ILLAHI atas kesempatan masa dan kesihatan yang baik untuk ana teruskan sedikit bingkisan untuk dkongsi bersama2..

Mmm..tiba2 teringat pula buku hasil karya ''Fatimah syarha binti Nordin'', buku yang bertajuk ''Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'' buku yang banyak memberikan ana inspirasi untuk menjadikan ana seorang wanita solehah kepada keluarga, agama, bangsa dan  untuk bakal suami ana kelak,Insyaallah..Aminn..Buku ini bukan sahaja bersesuian dengan Remaja untuk mencari cinta manusia bahkan bersesuian juga untuk semua golongan dewasa mahupun yang sudah berkeluarga, banyak kisah dan pengajaran yang boleh di ambil dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan Diredhai oleh Allah SWT.

Teringin pula ana kongsikan sedikit pesanan untuk para remaja yang mencari cinta sebenar2 cinta yang diredhaiNYA..cinta selepas akad pasti yang akan membawa kehidupan yang lebih sempurna yang akan membuahkan hasil benih2 bahagia yang akan mewarnai kehidupan dalam menggapai Syurga Allah kelak..
Kadang-kadang hati ana berkata ''dapat kah ku menggapai cinta sebenar cinta manusia yang membawaku untuk bersama2 melabuhkan cintaku pada Penciptaku??''wallahualam... Allah swt sahaja yang mengetahui rahsia yang tersirat d hati ana ini, ana tetap yakin dengan janji Kekasih ana ''Allah swt'' yang sudah termaktub di dalam AL quran ( Surah An -Nur ayat 26).

Untuk renungan bersama-sama..
                                            Pesanan dari Hawa untuk Adam..
Adamku..kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar,maka benarlah aku. Jika  kau lalai maka lalailah aku. Wahai adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu nafsuku beribu. Oleh itu Adam, pimpinlah aku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adamku..aku suka kalau engkau mengimami ku solat pada setiap waktu. Akanku aminkan doamu setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau engkau bangunkan aku untuk bertahhajud Bersamamu agar nanti diberkati ya rabbi. Ajari ku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku agar menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah . Selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Nur AL Jannah. Tarbiahlah aku agar kelak aku calon serikandi Solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. '' Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasullulah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah sekuat iman umpama taatnya sumayyah..Seindah hiasan adalh Wanita soLehah , Moga aku menjadi hiasan terindah hidupmu Adamku..


Di antara wasiat Rasullulah Saw untuk Wanita Solehah....
  •  MENJAUHI SIFAT PENDENDAM
  •   Rasullulah Saw Bersabda: "Ada tiga perkara yang akan aku beritahukan kepadamu. Barangsiapa tidak terdapat salah satu dari sifat-sifat ini, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang lain, iaitu,
  •  Pertama, orang yang mati tidak menyengutukan Allah akan sesuatu...Kedua, orang yang mati tidak pernah menjadi tukang sihir dan ketiganya, orang yang tidak pernah dendam terhadap saudara-saudaranya."

                                                             ( HR. Thabrani )

Diantara sebab-sebab yang memasukkan wanita ke dalam syurga....
Rasullulah Saw bersabda: " Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.''

Wahai Ukhti Muslimah! Selagi dirimu berpegang teguh kepada Hadis Rasullulah ini, nescaya engkau akan mendapatkan redha Allah. Jika Allah redha kepadamu, beerti dia mencintaimu. Jika Dia mencintaimu, tentu Dia akan memasukkan kamu ke dalam Syurga-NYA dan menjauhkan kamu dari azab neraka.







**KISAH YG DIAMBIL DRP BUKU 'BIDADARI PENGHUNI SYURGA'**


  kisah yg berkaitan dgn kehidupan salah seorang Bidadari Syurga

 "Ummu Ruman Bidadari Kekasih Rasulullah"
Barangsiapa ingin bertemu dgn bidadari syurga, maka lihatlah Ummu Ruman. Hadis ini diriwayatkan Ibn Saad dlm kitab Al-Thabaqat dr Affan dan Zaid bin Harun.. Keduanya dr Hammad dr Ali bin Zaid dr Al-Qassim bin Muhammad.

Ummu Ruman memiliki kedudukan yg sgt istimewa. Dia adalah isteri Abu Bakar As-Siddiq dan Ibunda Aisyah. Lebih dr itu dia adalah sahabat perempuan yg termasuk golongan org2 yg pertama masuk islam sabar, siap menerima risiko, berhijrah dan berjihad.. Dia lah simbol abadi drp kalangan muslimah pertama yg dibahu mereka terpikul tugas dakwah Islam, tugas mendidik, mengajar dan membimbing anak2 mereka


*Pendamping Rasulullah*

wanita ini mempunyai nama lengkap.. Ummu Ruman adalah binti Amer bin Uwaemer bin Abd Syam ibn Iqb bin Adinan bin Sabi' bin Dahman bin Harits bin Ghanam ibn Malik bin Kananah.. Dia tumbuh sebagai seorang gadis yang matang di tengah2 keluarganya di suatu daerah yang berada di bahagian semenanjung Arab, yakni daerah Surrah. Ketika masa gadisnya dia disukai oleh seorang pemuda yang sangat menonjol di mata masyarakat.. Pemuda itu bernama Harits bin Sakhbrah bin Jurtsumah bin Nadhar bin Zahran bin Ka'ab, dari suku Azd. Oleh ayahnya dia pun dinikahkan dengan pemuda tersebut.

Dalam pernikahannya dengan Harits, Ummu Ruman dikurniakan seorang putera yang bernama Thufail. Bersama anak dan suaminya, akhirnya Ummu Ruman pindah ke Mekkah dan tinggal di banda itu, mereka sengaja mendekati Biatul Haram (Kaabah) selain juga mereka senang dengan cara pemikiran bangsa Quraisy..

Selang beberapa tahun setelah suami isteri itu tinggal di Mekkah, kerana sakit Harits menemui ajalnya.. Kini tinggal lah Ummu Harits bersama Thufail, puteranya, namun bersendirian Ummu Ruman tidaklah berlangsung lama. Beberapa saat kemudian Ummu Ruman dipersunting oleh Abu Bakar. Keputusan Abu Bkar ini juga sesuai dgn tradisi Arab. Untuk menghormati harits, Abu Bakar menikahi isterinya, dari pernikahannya ini mereka dikurnia dua orang putera, yakni Abdurrahman sebelumnya Abu Bakar juga telah mempunyai dua putera yakni, Abdullah dan Asma..

Ummu Ruman adalah seorang isteri yang sangat menghormati dan menyayangi suaminya. Dia hadir dalam kehidupan Abu Bakar sebagai seorang isteri yang solehah. Dia mengikuti jejak suaminya dalam kebenaran Islam dan menyembunyikan sampai Allah mengizinkannya untuk menyiarkan agama barunya..


Dengan keimanan Ummu Ruman kehidupan rumah tangga Abu Bakar semakin terasa menyenangkan. Rumah yg dihuni oleh hamba2 ALLAH ini sentiasa memancarkan ketenangn. Sosok Abu Bakar seorang yg sgt takut kpd ALLAH dan Ummu Ruman seorang yg ahli sujud merupakan perpaduan dua peribadi yg istimewa.. Hal ini didokong juga oleh kedekatannya mereka dgn Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w sering snggah ke rumah Abu Bakar dan Ummu Ruman dan menyambutnya dgn baik..


Keimanan Ummu Ruman jga tercermin dlm dokongan nya kpd dkwah suaminya. Dia seorang isteri yang sentiasa ceria menemani suaminya dlm suka mahupun duka.. dia sentiasa menampilkan keceriaan wajahnya yang menyenangkan mata dihadpan suaminya..Dia sentiasa mendampingi suaminya dalam menghadapi beban2 dakwah. Dokongannya juga nampak pada sikapnya yg tidak pernah menghalangi suaminya dalam menyedekahkan hartanya untuk dakwah. Bahkan dia sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada suaminya dalam kewajipan ini sehingga pernah suatu saat keluarga terlilit tekanan ekonomi. Namun dia tetap bersabar dan sentiasa mengharap pahala dan keredaan ALLAH..

*Menantu yang paling mulia*

Masa berganti tanpa terasa Aisyah si bayi munggil buah hati tercinta mereka beranjak besar. Tidak di sangka puteri Ummu Ruman ini akan mendapat penghargaan yg sangat mulia dari Allah s.w.t. Melalui mimpi Rasullullah s..a.w. Dalam mimpinya Rasulullah s.a.w. menyaksikan bayangan Aisyah seraya Jibril berkata kepada beliau " Ini isterimu di dunia dan di akhirat................"


Berita besar itu pun sampai ke telinga Abu Bakar. Kebahagiaan di hatinya terpancar namun dlm hati dia juga menyaksikan berita itu, apalagi saat itu Aisyah masih kecil, kemudian Abu Bakar berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya Aisyah itu masih kecil (Usia Aisyah masih di perselisihkan, ada yg mengatakan 9 tahun) , tapi saya akan berusaha mengirimkan dia kepadamu agar kamu dapat melihatnya. "


Kegembiraan yg sama juga tergambar di hati Ummu Ruman ketika suaminya menyampaikan berita besar itu. Dia sangat bahagia mendapatkan menantu yg sangat mulia, yg tidak tertandingi kemuliaan oleh sesiapapun. Dengan kata2nya yg lembut, kecemasan yg ada di benak Abu Bakar beransur2 hilang. Rasa syukur mereka sampaikan ke hadrat ALLAH atas nikmat yg begitu besar itu..


Pertemuan Rasulullah s.a.w dan Aisyah kembali pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya. Mereka bertanya kepadanya tentang apa yg diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Aisyah bercerita dgn lurusnya sedang dia tidak pernah tahu rancangan besar tersebut. Rancangan itu berlanjut sampai di tempat Hijrah Madinah, setelah Ummu Ruman dan keluarga lainnya telah sampai di Madinah. Rasulullah s.a.w disibukkan mengurusi persoalan2 kaum muslimin. Selururh fikiran dan tenaga beliau kerahkan utk membangunkan masyarakat baru. Hal ini membuatnya lupa atas pinangan beliau kepada Aisyah sewaktu di Makkah. Abu Bakar As-Siddiq pun kerana kesibukkan yg sama, mlupakan pinangan terhadap puterinya itu.


"Wahai Abu Bakar, alangkah baiknya sekiranya engkau mengingatkan Rasululllah s.a.w atas pinangannya utk Aisyah.. !! " Kemudian Abu Bakar memandang isteri sambil tersenyum sehingga ruang lingkup matanya mjd luas. Abu Bakar segera bangkit dan datang menemui Rasulullah s.a.w.. sesampai di rumah beliau, dia duduk sebentar menghadap beliau kemudian dia berkat "Apakah engkau tidak ingin menggauli isterimu wahai Rasulullah?"


Kemudian Rasulullah s.a.w tersenyum atas peringatan Abu Bakar ini. Akhirnya beliau bersepakat dgn Abu Bakar utk melanjutkan urusan pinangan itu. Abu Bakar tidak meminta sesuatu apapun kpd Rasulullah s.a.w. dalam kesepakatn itu. Dia sangat puas mdptkan menantu yg mulia spt Rasulullah. Begitu pun dgn isterinya. Ummu Ruman segera mempersiapkan segala sesuatu utk keperluan puteri kecilnya.. Ummu Ruman sgt bahagia dgn anugerah yg terindah dlm hidup puterinya yg sgt mencintainya, sangat belas kasihan kpdnya, sgt dekat dgnnya, dan sentiasa mengutamakan kepentingannya daripada kepentingan beliau sendiri.

*Hadithul ifki*
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar dr bandar Madinah sebagai ketua pasukan kaum Muslimin. Beliau bermaksud memberi pelajaran kpd Bani Mushtalik. Ketika itu beliau ditemani salah seorang isterinya Aisyah. Pada saat itu juga, kaum muslimin memperoleh kemenangan yg besar. Sementara pihak musuh mendapatkan hukuman Qisas yg adil sbg balasan kepda pengkhiatan dan kemunafikan mereka. Semua barang rampasan perang (ghanimah) pun dibahagi2kan utk semua pasukan kaum muslimin.


Maka bertemu lah golongan Ansar dan Muhajirin di dekat telaga air yg biasa mjd persediaan minum kaum muslimin. Mereka berdesak2 sehingga timbulnya kekacauan diantara kedua pihak. Bahkan api fitnah itu makin berkobar2 dgn kata seorang munafik yg bernama Abdullah bin Abu Salul. "Sesungguhnya bila kita telah kembali ke Madinah, benar2 org yg kuat akan mengusir org2 yg lemah darinya.


Allah pun berkehendak menyampaikan berita kekacauan yang berlaku di antara golongan Ansar dan Muhajirin serta ucapan Ibu Salul kepada Rasullulah. Beliau mencermati maklumat tersebut secara bijaksana. Akhirnya beliau menghimbau agar ummat Islam tidak menghiraukan fitnah tersebut dan beliau menyuruh mereka agar meneruskan perjalan.

Pada waktu itu, Aisyah keluar secara sembunyi-sembunyi tanpa sepengetahuan seorang pun untuk membuang hajat. Tanpa disedari, Aisyah berjalan sampai jauh sehingga dia tertinggal dari rombongannya. Tandunya diangkat sedangkan Aisyah tidak berada di dalamnya untuk meneruskan perjalanan menuju Madinah.

Sekembali dari membuang hajat tersebut,Aisyah kehilangan rantai, dia pun mencarinya tetapi tidak diketemukannya juga. Akhirnya dia kembali ke tempat semula. Sesampainya di tempat yang dituidak lagi menemukan pasukannya. Dia merasa cemas dan gelisah serta dihantui rasa ketakutan yang amat sangat. Dia pun diam di tempat itu tanpa tahu apa yang akan dilakukannya.

Menurut kebiasaan Rasullulah seorang ketua yang cermat, setiap selesai peperangan beliau mengutus seseorang dari sahabatnya untuk memeriksa sesiapa yang di antara kaum muslimin yang tertinggal dari kenderaannya. Saat itu terutuslah Shafwan Mu'aththal, dan bertemulah Aisyah dengan utusan tersebut, seketika itu, dia menghulurkan jilbabnya. Shafwan melihatnya seraya menundukkan pandangannya dan bertanya, '' Wahai isteri Rasullulah, apa yang menyebabkan engkau tertinggal dari rombongan? apakah yang menyebabkan engkau terlambat?''

Tidak lama kemudian, Shafwan turun dari kenderaannya dan mundur ke belakang, Aisyah naik ke atas kenderaannya, sementara Shafwan sambil memimpin kenderaan itu. Tidak lama kemudian, Shafwan sambil memimpin kenderaan itu. Tidak lama kemudian, Shafwan dan Aisyah pun datang, kedatangan Shafwan dan Aaisyah ini menimbulkan sifat kemunafikan Ibnu Salul yang sedang duduk- duduk bersama rombongan dari orang-orang munafik. Mereka memanfaatkan

Friday, July 30, 2010

JauHi SiKaP sUkA bERsangKA-sANGka




Buat Renungan bersama-sama..
   Manusia hari ini suka bersangka-sangka...
   ada sangkaan baik...dan ada sangkaan buruk...
   Orang beribadah disangka riak..
   Orang yang relaks di sangka malas..
   Orang yang pakai baju baru di sangka menunjuk..
   Orang yang pakai baju buruk di sangka Zuhud (hina)..
   Orang yang makan banyak di sangka Pelahap..
   Orang yang makan sikit di sangka Diet..
   Orang yang baik di sangka Buruk..
   Orang yang buruk di sangka Baik...
   Orang yang senyum di sangka mengejek..
   Orang yang masam di sangka merajuk...
   Orang bermuzakarah di sangka mengumpat..
   Orang diam di sangka menyendiri..
   Orang menawan di sangka pakai susuk..
   Orang nmpak ceria di sangka membela..

    PENGAJARAN....
   Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
   Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
   Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
   Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan minda..
   Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya..
  
Oleh itu,  wahai manusia yang hidup d dunia ini..jauhilah sikap bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu di makan api..biarlah jalinan ukhuwah yang terbina atas dasar ketaqwaan kepada Allah Swt..biar ia kekal buat selama-lamanya di sulami dengan sifat mahmudah dan terhindar dari sifat mazmuzah yang sentiasa mndapat sambutan yang hangat oleh para syaitan..yang sentiasa dan amt suka kepada kemusnahan ukhuwah itu...(^_^)

 
  

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.....

Assalamualaikum w.b.t....
Semoga sahabat2 berada di dalam lindungan iman dan rahmat ALLAH s.w.t...
Pembuka bicara wat santapan rohani sahabat2 sekalian....
HATI YANG SEJAHTERA....
Adalah hati yang ............................
  • Kenal dan mencintai ALLAH s.w.t dan takut kepadaNYA...........
  • Meletakkan ALLAH dan RASUL di tempat yg tertinggi dalam kehidupan hariannya dgn konsisten.....
  • Dekat dgn ALLAH dan mjd kan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan ALLAH....
  • Bebas daripada pengaruh amarah,syahwat, dan syaitan....
  • Dipandu oleh nilai2 murni, dan dapat memandu kpd kebekan org lain..
  • Sentiasa bertawadhuk dan merendah diri....
  • Ghairah dgn perkara2 kebaikkan dan kebajikan dan sgt benci sgala bentuk kejahatan walau sekecil mana sekalipun..

TAKDIR MENGATASI TADBIR......

Takdir sentiasa mengatasi Tadbir...Takdir drp ALLAH sedangkan Tadbir hanya dr kita hambaNYA... kekadang Tadbir

 dan Takdir selari maka terjadilah apa yg kita inginkan terjadi.. Namun, acapkali Takdir dan Tadbir bersalahan maka

 terjadilah apa yg tidak kita inginkan.. Kita ingin Putih, Hitam pula yg menjelma.. Kita dambakan Kejayaan, Kegagalan

pula yg menimpa.. Ketika itu Hati akan bertanya apalagi yg tidak kena??... Semuanya telah ku Tadbir kan tetapi kenapa

gagal jua?? Ketika i2 lah timbul bunga2 pemberontakn dari dalam diri hamba yg kerdil berdepan dgn Tuhan Yang Perkasa..

Samaada disedari atau tanpa disedari... Apapun percayalah Tadbir drpd ALLAH mengandungi banyak Hikmah.. Ia

mengandungi Mehna ( didikan langsung dr ALLAH) yg kekadang tersembunyi dr pengamatan fikiran biasa...Ilmu

semata2 tanpa iman yg kuat, akan menyebabkan kita terkapai2 dalam ujian hidup tanpa pedoman yg tepat.. Justeru dgn

akal semata2 kita tidak akan dapat meringankan perasaan pd perkara2 yg tidak sejalan dgn diri dan kehendak kita..

Mengapa terjadi begini??? Sedangkan aku telah berusaha?





Untuk mengelakkan hal itu dari terjadi maka kita perlu berusaha mencari2 hikmat2 yang terkandung dlm ketentuan Takdir

TUHAN... Ya, hanya manusia yg sempurna akal (ILMU) dan hati (IMAN) sahj dpt menjangkau hikmah yg terkandung di

dlm cobaan dan ujian yg menimpa dirinya...Kata org, hanya Jauhari mengenal Manikam..

Orang yg begini akan menjangkau hikmah di sebalik tadbir. Dapat melihat sesuatu yg lbih tersirat di sebalik yg tersurat..

Ya, mereka tidak beranggapan bhw sikap lemah lembut ALLAH lekang drp segala bentuk TakdirNYa.. - sama ada yg

kelihatn positif/ negatif drp pandangan manusia.. Ertinya, mereka merasai bhw apa jua Takdir ALLAH adalah bermaksud

baik.. Jika sebaliknya, mereka merasakan bhw TUHAN bermaksud jahat dlm TakdirNYA, maka itu petanda penglihatan

hati tidak jauh dan akalnya pendek...

Bila kita kenal ALLAH maha PENGASIH dan PENYAYANG, kita xboleh buruk sangka kepada ALLAH dgn menganggap

apa yg di Takdirkan ( Ujian) itu adalah sesuatua yg tidak baik.. Iktikad (Yakin kita, semua ketentuan ALLAH adalah baik

ujian - Ujian i2 pasti ada muslihat yg tersembunyi utk manusia, akan menyebabkan hati terubat... Meraka merasakan

walaupun pahit, ditelan jua.. Sematkan dihati bhw Pilihan ALLAH utk kita adalah yg TERBAIK.. tetapi kita tidak atau

belum mengetahuinya.. Bila terjadi nt barulah kita akan mengetahuinya...

Para Ahli Hikmah (Bijaksana), merumuskan bhw, antara Hikmah ujian ialah,

Hati akan memberi tumpuan kepada ALLAH... Dengan ujian, seseorang akan dpt menambah tumpuan dan

penghadapannya kepada ALLAH.. Sebab BALA dan UJIAN bertentangan dgn kehendak, keinginan dan Syahwat

manusia, spt sakit, rugi, miskin dan lain2.. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas dr ujian. Bila

nafsu terdesak, ia akn terdidik secara langsung.. Ia akan tertekan dan mjd jinak... Hakikat ini akan membuka pintu rahmat

ALLAH kerana nafsu yg liar sgt mengajak kpd kejahatan..Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh

ke lembah dosa dan maksiat dgn mudah...

Hati tidak dpt tidak mzt bersabar.. Hati akan terdidik utk REDHA dan TAWAKAL, kerana yakin qada dan qadar ALLAH

pasti berlaku, kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu...

Hamba yg soleh menanggung Qadar dgn sabar, bahkan gembira dgn pilihan ALLAH..( Ujian adalah pilihan ALLAH

bukan pilihan MANUSIA).. Tidak ada pilihan ALLAH yg tidak baik , Semuanya baik belaka...


KENAPA AKU..................??

KENAPA AKU SERING DIUJI????


  • Firman ALLAH , maksudnya : "Apakah manusia itu mengira bhw mereka dibiarkan shj mengatakan: "Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji?? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yg manakah org yg benar dan sesungguhnya DIA mengetahui siapakah org yg berdusta...  (Surah Al-Ankabut, 2-3)



KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM2KAN??

Firman ALLAH maksudnya : "Boleh jd kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jd juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk kepadamu, sesungguhnya ALLAH amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." ( Surah Al-Baqarah, 216)



KENAPA AKU DIUJI UJIAN SEBERAT INI??
Firman ALLAH maksudnya : " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya"
(Surah Al-Baqarah, 286)




BAGAIMANA KAN KU HADAPI UJIAN INI??

Firman ALLAH maksudnya :" Wahai org yg beriman!! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih drp kesabaran musuh ( dimedan perjuangan ), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kerana ALLAH supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan...
( Surah Al-Imaran,200)

Firman ALLAH maksudnya : " Dan mnta lah pertolongan (kepada ALLAH) dgn jalan yg sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali pada org2 yg khusyuk.."
 ( Surah Al-Baqarah, 45)





APA YG AKU BOLEH DAPAT DARI SEMUA INI???

Firman ALLAH maksudnya : " Sesungguhnya ALLAH telah membeli dr org mukmin DIRI dan HARTA mereka dgn memberikan (Bayaran) syurga untuk mereka..
(Surah At-Taubah,111)