Friday, August 6, 2010

--->>AnAk YaNg sOLeH...

Alhamdullilah... di harap para sahabat sentiasa berada di bawah rahmat dan petunjuk Allah swt..di sini ana ingin kongsikan satu cerita berkaitan dengan kisah yang diceritakan oleh Rasullulah Saw mengenai seorang anak yang soleh yang sentiasa berbakti kepada Ibunya..

''Satu ketika Rasullulah SAW sedang bertawaf dan telah bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf, Rasullulah SAW bertanya kepada pemuda itu: ''kenapa dengan bahumu itu wahai pemuda".

Jawab pemuda itu: Ya Rasullulah! Saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya ( dibahu).

Lalu anak muda itu bertanya ; " Ya Rasullulah ! apakah saya sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua ( ibubapa)?" Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan : ''Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu akan tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu.''

Subhannallah sungguh besar pengorbanan dan kasih sayang seorang pemuda itu terhadap Ibunya, hanya meninggalkan ibunya ketika mahu melakukan ibadah dan perkara-perkara tertentu sahaja. Wahai sahabat begitu mulia jasa yang di lakukan oleh pemuda itu walau ke mana dia berada pasti Ibunya berada bersamanya dengan mendukungnya di bahu, malah tidak pernah mengeluh walaupun sesaat.Teringat pula ana tentang pesanan Rasullulah dalam sebuah hadis ini...

''Ada seseorang datang bertanya kepada Rasullulah SAW lalu bertanya; ''Siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?'' Lalu baginda menjawab ''Ibumu'': Kemudian dia bertanya lagi : Selepas itu?" Baginda menjawab lagi : '' Ibumu". Orang itu masih tidak berpuas hati, lalu ditanyai lagi : '' Selepas itu?'' Baginga Rasullulah terus menjawab : '' Ibumu..., kemudian Bapamu''...tiga kali perkataan ibu diulang-ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasullulah SAW..

''Ibnu Mas'ud bertanya kepada Nabi, Ya Rasullulah! Apakah amalan yang lebih mulia? Jawab Nabi: Mengerjakan solat pada waktunya, lalu saya katakan: Kemudian apa lagi?.. Jawab Rasullulah berbuat baik kepada Ibubapa ; lalu saya tanyakan lagi : Kemudian apa lagi? Jawab Rasullulah berjihad di jalan Allah..

Subhannallah sungguh besar martabat seorang ibu di sisi Islam sehingga di ulang-ulang oleh Rasullulah sebanyak tiga kali di dalam hadith di atas. Oleh itu para sahabat kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa menjaga, memelihara, menghormatinya hingga akhir hayat kedua IbuBapa kita..Beri la mereka Kasih sayang yang seikhlas- ikhlas kepada kedua-duanya agar terang dan luas syurga kita di sana nanti Insyallah..Ringankanlah bibir kita untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sama ada mereka masih hidup atau pun sudah tiada kerana pesan Rasullulah tiga perkara yang mengiringi jenazah ke kubur ialah ilmu di manfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..




'' Ya allah kau ampunilah kami dan kedua Ibu Bapa kami, kau kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil"..Ameen..

Wasiat Dari seorang ayah kepada Anak

Wahai anak-anakku, hendaknya kamu berbakti kepada ibu. Wahai anak, syurgamu terletak di bawah tapak kaki ibu!. Wahai anak-anakku, besar harapan ayah agar kau menjadi insan yang soleh lagi berguna kepada sekelian makhluk di dunia dan juga di akhirat. Wahai anak2ku, jika ayah tiada, kaulah pemimpin kelurga ini, maka pimpinalah ia ke jalan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya. Janganlah kau menjadi orang yang hina lagi menghinakan. Jauhilah perkara-perkara yang zalim dan menjadi zalim.

Wahai anak2ku, mari ayah berikan perumpamaan :

'' Biarlah kita menjadi seumpama sepohon pokok kelapa yang menghadap ke pantai. Kau diibaratkan kelapa tua itu. Apabila kelapa itu sudah cukup tua, lalu ia jatuh ke dalam laut. Lalu hanyut ke tengah Samudera. Walaupun kau dilambung ombak, membelah pantai, menyusung puting beliung........namun jangan tinggalkan Tuhanmu!

Kemudian apabila engkau terdampar di tepian pantai di tengah pulau asing bahkan tandus. Maka tumbuhlah kau sebagai sepohon kelapa yang subur. Lalu memberikan manfaat kepada sekelian alam. Airmu boleh di minum, daunmu boleh digunakan orang, umbutmu dapat memberikan waris insan cemerlang ; insan soleh dan solehah!.

Wahai anak ketahuilah, saatnya akan tiba. Kau akan bergelendangan keseorangan di muka bumi ini. Tanpa ayah, tanpa ibu. Oleh itu, jadilah insan terpimpin dengan AlQuran dan Sunah Rasulullah SAW sebagai pedoman. Jadilah seumpama pohon kelapa tadi, subur memberikan manfaat, tempat bernaung dan berlindung buat burung-burung, para nelayan dan makhluk lainnya. Bahkan berguna untuk seantero dunia.

Mutiara Kata & Wasiat

" Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turuti rasa nikmat itu''

( Wasiat Lokman al Hakim)

1 comment:

  1. ya humairah......nasihat yang sgt berguna....terus kongsikan bersama kawan moga dpt manfaatnya......

    ReplyDelete