Sunday, November 28, 2010

--->>DiDIkLAH isTERI

Assalammualaikum w.b.t..alhamdullilah ALLAH swt telah memberikan kesempatan masa untuk ana mengisi ruangan blog ana ini...semoga para sahabat sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat kasih sayang ALLAH SWT...

Penulisan ana hari ini berkisarkan tentang cara didikan suami terhadap isterinya...mungkin ke arah kepada yang telah berumahtangga ataupun yang baru hendak melangkah alam perkahwinan dan untuk para remaja juga amat bersesuian untuk menjadi lebih bersedia...seperti sedia maklum...

Suami adalah pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah membekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau tidak mudah didorong oleh perasaan. Oleh sebab itu, lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik2nya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk memberi nafkah keluarga, maka suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Bermulanya kebahagiaan sesebuah rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabarannya dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Firman ALLAH SWT  yang bermaksud :

''Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita , kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya''

Satu pendapat mengatakan bahawa lelaki adalah makhluk rasa. Perasaan wanita selalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Lantaran itulah lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir dalam menghadapi wanita. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dgn lelaki yang sebaliknya. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata. Tetapi nafsu yg menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itu lah, lahirnya pelbagai perasaan dihati wanita atas dasar ini lah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu dan mengikut perasaan semata-mata.

Kebijaksanaan mesti disertai dgn kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut sahaja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dgn nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Apa yang dimaksudkan dengan unsur kasih syg dlm mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmaradana atau pujuk rayu tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih sekalipun dia seorang pemimpin ada waktu-waktu yang tertentu apabila dia bersama isteri kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut sahaja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami tegas dalam syariat, dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang. Cuma jangan sampai kerana melayan kehendak isteri syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Satu perkara lagi , biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang mengatakan macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam, dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai suatu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yg disakit jgn terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yg sedang berleter, jgn dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya dan barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yg disirami embun pagi kala panas terik.



Rasulullah s.a.w juga pernah berhadapan dengan karenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah s.a.w tidak menjawab sepatah pun.. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuashatiannya.. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan ataupun memaafkan sahaja dan melupakan perkara tersebut. Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak karenah. Beruntunglah suami yg memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan sebegini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami. Sekiranya suaminya seorang pejuang atau pun pendakwah. Isteri sebegini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka dia sesungguhnya telah memiliki separuh daripada agamanya. Rasulullah s.a.w juga bersabda yg bermaksud :

"Dunia ialah hiasan dan hiasan yg terbaik ialah memiliki isteri yg solehah". Apabila wanita dpt dididik dgn betul maka ia dapat memberikan kebaikan kepada semua umat kerana ditangan wanita, wanita lah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian ditangan wanita yang solehah akan membahagiakan keseluruh isi alam.

Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah dibawah jika seseorang isteri atau wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki soleh itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala yang dijadikan sesuatau oleh ALLAH s.w.t mempunyai rahmat disebaliknya.

1) Mentaati perintah ALLAH s.w.t dgn mengerjakan perintah suami mengikut kehendak ALLAH s.w.t
2) Bersikap malu terhadap suami dan sentiasa melembutkan percakapan dihadapan suami
3) Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata dan hendaklah sentiasa menyerahkan diri 
    apabila suami memerlukan
4) Memakai wangi-wangian dihadapan suami(bersolek) dan menghiaskan diri untuk suami
5) Memelihara mulut dari bau-bauan yg tidak menyenangkan suami
6) Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya
7) Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami
8) Hendaklah bersyukur dengan segala yang disediakan suami
9) Sentiasa bersedia dan rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya
10) Tidak melakukan puasa sunat kecuali dgn keizinan suami dan tidak keluar rumah tanpa keizinan suami....

Jadi para wanita sekalian jadilah seindah2 hiasan di dunia ini untuk suamimu pasti kelak syurga akan menjadi milik sekalian...marilah kita bersama-sama berusaha ke arah membentuk wanita yang diimpikan para suami2...lembut wanita tidak beerti dia mudah di jual beli...dia mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..lembutnya bukan hiasan bukan jua keterpaksaan tetapi dia sayap kiri pada suami yang sejati.

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. memiliki isteri solehah bermakna memiliki separuh daripada agama. melalui perkahwinan syurga agak mudah utk digapai.. terus bermujahadah n berjalan atas syariat..:)

    ReplyDelete